THE GOLDEN AGES OF ISLAM..




zaman itu merupakan ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM  :  Golden Ages (bagi umat Islam)
dan juga merupakan ZAMAN KEJATUHAN ORG KAFIR : Dark Ages (bagi org kafir)









Semasa Zaman Kegemilangan Islam (750 - 1250: zaman Kerajaan Abbasiyah; bahasa Arab:حضارة إسلامية), para ahli falsafah dan ahlisains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi.


 Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal, serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.
















Kerajaan Islam mewarisi "pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah kuno, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya seperti penomboran kedudukan dari India," tulis Bernard Lewis dalam bukunya What Went Wrong? (Apakah Silapnya?).

Kebanyakan pembelajaran dan kemajuan ini dapat dikaitkan dengan geografi. Sebelum kedatangan Islam lagi, bandar Makkah telah menjadi pusat perdagangan di Semenanjung Arab dan Nabi Muhammad juga merupakan saudagar. Tradisi mengerjakan haji ke Mekah menyebabkannya menjadi pusat pertukaran idea dan barangan.


 Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas jalan perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang di atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun Kristian, China dan India yang masyarakatnya berasaskan kepemilikan tanah pertanian oleh bangsawan




Para saudagar membawa barangan dan kepercayaan mereka ke China (menyebabkan ramai Cina Muslim ~ 37 juta, sebahagian besarnya orang Uyghur Turki yang tanahnya dirampas China), India, Asia Tenggara, dan kerajaan di barat Afrika dan kembali dengan pembaharuan baru. Saudagar-saudagar ini menggunakan kekayaan mereka untuk melabur dalam industri tekstil dan perladangan.










Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke-16, apabila seni tembikarkacaseni logamtekstil,manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar.


Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi.Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.








Perbezaan antara sikap ahli-ahli sains Byzantine dengan sikap orang-orang Muslim zaman pertengahan yang setara adalah nyata. Byzantium tidak menambah atau hanya menambah sedikit pengetahuan baru kepada sains perubatan Yunani-Rom.




 Ini mungkin boleh dijelaskan melalui fakta bahawa perkembangan permulaan Islam ke luar Semenanjung Arab telah menawan tiga buah kota Byzantine yang paling produktif: IskandariahCarthage dan Antioch. Akibat kehilangan kerajaan pusat yang amat mahir, serta serangan-serangan Arab yang berterusan terhadap Anatolia, kebanyakan kota Byzantine tidak dapat menyokong seni dan sains.




 Banyak penduduk kembali beramai-ramai keperladangan sara diri. Kebanyakan ahli sains Islam yang paling terkenal hidup pada Zaman Keemasan Islam. Antara pencapaian-pencapaian cendekiawan Muslim semasa zaman ini ialah rekaan trigonometri sfera, kemajuan dalam bidang optik (lihat Ibnu al-Haitham), serta kemajuan dalam bidang astronomi (termasuklah pembinaan balai cerap pertama serta penciptaan astrolab).




dan banyak lagi kemajuan Islam yg lain...




~Namun kini,,, :'(

0 comments: